MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 08/2018 DAN TAKLIMAT KESELAMATAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 08/2018 DAN TAKLIMAT KESELAMATAN

SHAH ALAM , 17 Ogos 2018 - Majlis Perhimpunan Bulanan JMGSWP telah diadakan untuk kemaskini segala maklumat terkini yang perlu disebar dan dikongsikan bersama. Pelbagai maklumat berkenaan perbelanjaan dan peraturan disampaikan oleh Pengarah, yang berusaha En. Jontih Enggihon. Pada sebelah petang pula disusuri dengan sesi taklimat oleh Pn. Nur Shuhada Jusoh, pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor yang membincangkan langkah-langkah, peraturan dan perundangan dalam aspek keselamatan pekerjaan yang melibatkan jabatan.

Baca selanjutnya

PROGRAM PENGKOMERSIALAN PENYELIDIKAN MELALUI PROJEK ATTD

PROGRAM PENGKOMERSIALAN PENYELIDIKAN MELALUI PROJEK ATTD

Pada 24 hingga 27 Julai 2018, PPM telah mengadakan Program Pengkomersialan Penyelidikan Melalui Projek ATTD di Hotel Ancasa Royale, Pekan, Pahang dan Hotel Green Park, Temerloh, Pahang. Program ini dihadiri oleh Pengarah PPM, ketua-ketua cawangan dan kakitangan sokongan Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan. Bilangan peserta adalah seramai 30 orang.

Pada 25 Julai 2018, sesi pembentangan dimulakan oleh Timbalan Pengarah PPM, En. Aminudin Bin Mahmud dengan kertas kerja bertajuk Pengkomersialan Produk R&D. Pembentang kedua, Cik Renuka a/p Arjunan dari Cawangan Pentadbiran dan Kewangan memberi penerangan mengenai Prosedur Kewangan ATTD.

Baca selanjutnya