Majlis Perasmian dan Pentauliahan Mesin Gerudi 'Massenza' di Laman Jentera, Maeps, Serdang, Selangor

Majlis Perasmian dan Pentauliahan Mesin Gerudi 'Massenza' di Laman Jentera, Maeps, Serdang, Selangor
Pada 2 Ogos 2018, Satu majlis pentauliahan mesin gerudi baru 'massenza' telah diadakan di Laman Jentera MAEPS, Serdang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JMG dan dihadiri oleh wakil daripada Lembaga Pertubuhan Peladang, JMG Ibu Pejabat, BPT dan wakil daripada JMG negeri.
 
Pentauliahan ini juga disertai dengan latihan penggerudian oleh penggerudi dari Itali dan pemilik pembekal mesin gerudi iaitu En. Matteo Massenza. Dengan adanya mesin gerudi ini, JMG telah berjaya membina sebuah telaga berkedalaman 101 meter di dalam batuan Formasi Kajang di MAEPS, Serdang, Selangor.
Baca selanjutnya

MESYUARAT JMG SABAH BERSAMA SIRIM MALAYSIA

MESYUARAT JMG SABAH BERSAMA SIRIM MALAYSIA

KOTA KINABALU, SABAH (10 OGOS 2018) : JUMAAT, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah bersama SIRIM Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat bagi tujuan membincangkan bagi mengadakan kerjasama 2 hala anatara JMG Malaysia dan SIRIM dalam pembinaan sistem telaga yang lebih sistemetik. Mesyuarat diadakan di bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah pada jam 9 pagi 10 Ogos 2018.

Baca selanjutnya

PERBINCANGAN POTENSI TAPAK BEKAS LOMBONG TEMBAGA MAMUT, RANAU BAGI TUJUAN PERLANCONGAN

PERBINCANGAN POTENSI TAPAK BEKAS LOMBONG TEMBAGA MAMUT, RANAU BAGI TUJUAN PERLANCONGAN

KOTA KINABALU, 02 OGOS 2018 – Dari kiri YBrs. Tuan Pengarah JMG Sabah Encik Mohd. Yusop bin Ramli, Pengurus Produk Kanan, Encik Julinus Jimit dan pembantu beliau Encik Dexter Randy wakil dari Lembaga Pelancongan Sabah (Bahagian Produk Pelancongan). Ketua Aktiviti Geowarisan, Encik Farid Zainudin dan Pegawai Geosains UPLK, Encik Aidil Arnolous Rema.

Baca selanjutnya