PPM CSR: PROGRAM LAWATAN KE PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM TERENGGANU (PERKAYA)

PPM CSR: PROGRAM LAWATAN KE PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM TERENGGANU (PERKAYA)

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh - 6 September, 2019. Rombongan PPM yang diketuai oleh Pengarah Kanan, Tuan Aminudin bin Mahmud telah mengadakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA). PPM sentiasa bersedia menyokong usaha kerajaan dalam menggalakkan dan menjayakan program demi untuk kesejahteraan rakyat dan juga untuk meningkatkan imej dan reputasi PPM dalam program yang dapat memberi manfaat pada kesejahteraan serta kepentingan masyarakat dan kerajaan.

Baca selanjutnya

PROGRAM JOM BACA 2019

PROGRAM JOM BACA 2019

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh - 12 September 2019. Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca dikalangan rakyat Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti teka berat buku, ceramah kesihatan โ€œMental Sihat, Kerja Berkualitiโ€ yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi Hospital Bahagia Ulu Kinta, Pertandingan Mini Games, Santai de Library dan tayangan gambar/video sepanjang program Jom Baca 2019. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh, Tuan Aminudin bin Mahmud.

Baca selanjutnya

LAWATAN KUMPULAN MARHABAN DAN MUSLIMAH TAMAN ANDA KE PPM

LAWATAN KUMPULAN MARHABAN DAN MUSLIMAH TAMAN ANDA KE PPM

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh - 5 September 2019. Satu rombongan kumpulan marhaban dari Taman Anda telah membuat lawatan sambal belajar untuk lebih mengenali lebih dekat lagi bagaimana peranan sumber mineral bumi digunakan dalam kehidupan harian manusia. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pengarah Kanan PPM iaitu Tuan Aminudin bin Mahmud. Rombongan ini juga telah dibawa melawat Muzium Geologi, JMG.

Baca selanjutnya

WAWANCARA RADIO BERVISUAL BERSAMA PENGARAH KANAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL OLEH RTM PERAK

WAWANCARA RADIO BERVISUAL BERSAMA PENGARAH KANAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL OLEH RTM PERAK

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh โ€“ 3 September 2019. Pengarah Kanan PPM, Tuan Aminudin bin Mahmud telah dijemput oleh Radio TV Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak untuk diwawancara bagi memperkenalkan Pusat Penyelidikan Mineral, fungsi-fungsi PPM sebagai Bahagian Penyelidikan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh PPM. Wawancara bermula pada 2:30 petang dan bertempat di Konti PERAK fm. Wawancara ini juga disiarkan di TV saluran 123 Myfreeview.

Baca selanjutnya

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN INDUSTRI

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN INDUSTRI

KOTA KINABALU, SABAH (06 September 2019, JUMAAT): Unit Perkhidmatan Makmal Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) telah mengadakan satu majlis penyampaian sijil tamat latihan industri kepada dua orang pelajar yang telah menamatkan latihan industri mereka di JMG Sabah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Sabah En. Paulius@Paulus Godwin.

Baca selanjutnya