JMG JOHOR TERIMA PENGARAH BAHARU

JMG JOHOR TERIMA PENGARAH BAHARU

Johor Bahru, 2 Oktober 2019 – Satu majlis pengenalan Pengarah baharu dengan warga JMG Johor dan taklimat berkenaan aktiviti kepada Pengarah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

JMG Johor telah berbesar hati menerima Pengarah yang baharu iaitu Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah yang telah berpindah dari BPT, Perak berkuatkuasa 1 Oktober 2019. Majlis disusuli dengan penyerahan nota serah tugas daripada Tn. Hj. Noorazhar b. Ngatimin sambil disaksikan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat iaitu Pn. Nor Asmah bt. Abdul Aziz.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2019 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2019 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JMG JOHOR

Johor Bahru, 22 September 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Arda Anasha bt. Jamil, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Nazal Rizal b. Abd Wahid dan pembaca ikrar oleh Pn. Nurina bt. Jusoh. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Noorazhar b. Ngatimin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya