MAJLIS APC & JAMUAN HARI RAYA JMG KELANTAN

MAJLIS APC & JAMUAN HARI RAYA JMG KELANTAN

30 Mei 2022 (Isnin)

 Majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) bagi menghargai sumbangan dan kecemerlangan kakitangan JMG Kelantan telah diadakan pada 30 Mei 2022 (Isnin) di Dewan Gunasama Wisma Persekutuan Kota Bharu dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (operasi) JMG Malaysia, En. Mohd Bazran bin Hj Taib.

Seramai 3 orang kakitangan yang telah menerima perhkhidmatan cemerlang bagi tahun 2021 telah diberi anugerah tersebut iaitu :

  1. Encik Mohd Hisham bin Md. Nawi (Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari C44)
  2. Puan Nor Azia binti Abdullah (Penolong Pegawai Tadbir N29)
  3. Encik Janatul Firdaus bin Ismail (Penolong Pegawai Geosains C29)

Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka,semoga kekal cemerlang di masa hadapan dan juga menjadi dorongan kepada kakitangan JMG Kelantan yang lain untuk sama-sama meningatkan prestasi kerja di JMG Kelantan.

Sempena lawatan kerja ini,TKP (O) juga diberikan taklimat mengenai perkembangan pembinaan tapak pejabat baru JMG Kelantan di Tunjung. TKP(O) juga,dibawa melawat ke tapak tersebut bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

JMG Kelantan juga berkesempatan mengadakan jamuan Hari Raya yang bertempat di Pejabat JMG Kelantan. Berbagai makanan,minuman dah kuih-muih disediakan. Bagi memeriahkan lagi,JMG juga berbesar hati menjemput mantan pengarah JMG Kelantan dan pesara-pesara yang pernah berkhidmat di JMG Kelantan.

Sambutan Hari Raya Peringkat Wisma Persekutuan

Sambutan Hari Raya Peringkat Wisma Persekutuan

12 Mei 2022 (Khamis)

Wisma Persekutuan Kota Bharu telah menganjurkan Sambutan Hari Raya peringkat Wisma Persekutuan pada 12 Mei 2022 (Khamis),bertempat di perkarangan bangunan Wisma Persekutuan,Kota Bharu,Kelantan.

JMG Kelantan telah mengambil bahagian dalam sambutan hari raya yang dianjurkan dan menu yang disediakan ialah mee sup,bihun sup dan kue teow sup. Wisma Persekutuan juga mengadakan pelbagai pertandingan antara gerai-gerai jabatan yang terlibat. JMG Kelantan telah memperolehi saguhati dalam kategori Gerai Tercantik.

KURSUS PENGENDALIAN DRON

KURSUS PENGENDALIAN DRON

KURSUS PENGENDALIAN DRON DAN PEMPROSESAN DATA

(24-26 April 2022)

 

Unit Pengurusan Maklumat JMG Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengendalian Dron dan Pemprosesan Data untuk kakitangan JMG Kelantan. Kursus ini diadakan pada 24-26 April 2022 bertempat di pejabat JMG Kelantan dan latihan praktikal pengendalian diadakan di Pantai Kemayang Bachok.

Unit pengurusan telah menjemput tenaga pengajar iaitu Encik Hishamahir Afendi bin Abdullah dari Unit Marin,Cawangan Perkhidmatan Geosains Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) JMG Perak.

Peserta kursus didedahkan dengan cara pengendalian Dron Model Dji Phantom 4 Pro dan pemprosesan data dengan menggunakan perisian Pix4Mapper.

AKTIVITI BULAN RAMADHAN

AKTIVITI BULAN RAMADHAN

Aktiviti Bulan Ramandhan

Sempena  bulan Ramadhan,Biro Kebajikan dan Biro Wanita Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Kelantan telah mengadakan beberapa aktiviti dan sumbangan. Antara sumbangan daripada Biro Kebajikan ialah permberian kurma dan biskut raya kepada semua kakitangan JMG Kelantan.

Manakala Biro Wanita menganjurkan aktiviti membuat kuih onde-onde atau dikenali sebagai buah Melaka,dan juga membuat popia gulung. Semua hasil kuih,diagihkan kepada semua kakitangan JMG untuk juadah berbuka puasa.

TADARUS AL-QURAN

TADARUS AL-QURAN

Tadarus Al-Quran

JMG Kelantan telah mengadakan  Majlis Tadarus Al-Quran di sepanjang bulan Ramadhan yang bertempat di pejabat JMG Kelantan. Penyertaan adalah terbuka kepada kakitangan JMG sahaja. Tadarus diakhiri dengan Majlis Khatam yang telah diadakan pada 21 April 2022 (Khamis).