Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Bil. 3/2012
Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh
11-12 Disember 2012
Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Bil. 3/2012
Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh
11-12 Disember 2012
27 November 2013 bersamaan 23 Muharram 1435H, Pengarah JMG Kelantan Tuan Haji Che Abdul Rahman Jaafar, En. Mohamed Hizam Bin Abdul Kadir TP(L&K), dan En. Ab. Rashid Bin Ahmad TP (Geosains) telah membuat satu kunjungan hormat bersama Dato' SUK Negeri Kelantan YB Dato' Dr. Zainuddin Bin Hj. Ibrahim bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Bil. 3/2012
Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh
11-12 Disember 2012
Pada 9 Disember 2012, Wisma Persekutuan Kota Bharu telah mengadakan hari Terbuka Wisma serentak dengan Karnival Koperasi Peringkat Negeri Kelantan dan Sambutan Maal Hijrah 1434H. Majlis dirasmikan oleh Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang turut diserikan dengan acara menyediakan bubur asura dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan badan-badan koperasi. Seperti biasa setiap tahun, JMG Kelantan tidak ketinggalan dalam menyediakan bubur asura yang melibatkan komitmen dari kesemua kakitangan JMG Kelantan.
Pada 29hb. November 2012, JMG Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan, Sambutan Hari Inovasi 2012 dan Majlis Perpisahan bertempat di Bilik Mesyuarat Feldspar, JMG Kelantan. Majlis perpisahan adalah untuk meraikan pertukaran En. Muhammad Umar Sarimal (KUPM) ke JMG Sabah dan En. Mohd Lazim Mohamed (TPSM) ke JMG Pahang di mana masing-masing telah berkhidmat selama 7 dan 17 tahun di JMG Kelantan. Warga JMG Kelantan mengucapkan selamat bertugas di pejabat baharu.
Hak Cipta Terpelihara © 2022 JMG