13hb Disember 2022 (Rabu) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Memasak Jamuan Akhir Tahun 2022 dengan penyertaan dari semua warga JMG Perak bersama jemputan kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT).
SEMINAR PEMERKASAAN EKOPELANCONGAN SUMBER ASLI DI PANTAI CAHAYA BULAN, KELANTAN
29hb Oktober 2022 (Sabtu) – Wakil Geopark Lenggong dan Geopark Lembah Kinta bagi JMG Perak telah dijemput ke Majlis Perasmian Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Program ini dirasmikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Abdul Wahid Abu Salim.
PAMERAN JMG PERAK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022
28hb Oktober hingga 30hb Oktober 2022 – JMG Perak telah dijemput sebagai pempamer sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 yang diadakan di AEON Midtown Falim, Ipoh. Objektif utama penganjuran program ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat khususnya rakyat di Negeri Perak berkaitan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
LAWATAN TAPAK KAWASAN PELAKSANAAN PROJEK PERINTIS MINERAL UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIOAKTIF (NR-REE) DI ATAS TANAH MILIK PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK.
13hb Oktober 2022 (Khamis) – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal kepada Jawatankuasa Bersama Projek Perintis Mineral Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (nr-ree) telah bersetuju untuk mengadakan lawatan tapak di atas kawasan pelaksanaan Projek Perintis Mineral NR-REE di atas tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
TAKLIMAT EKSPLORASI GEOKIMIA DAN LATIHAN MENDULANG DI KAWASAN SG. CHERAS, TAPAH, PERAK
20hb Oktober 2022 (Khamis) – Unit Sumber Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak telah mengadakan Taklimat Eksplorasi Geokimia dan Latihan Mendulang di kawasan Sg. Cheras, Tapah, Perak. Taklimat ini telah diberi oleh Pegawai Geosains yang berpengalaman dalam Sumber Mineral iaitu En Mahat bin Hj. Sibon.