Kelab Mineral dan Geosains (KMGS) Sarawak telah mengadakan program Zumba pada Jumaat, 2 Februari 2018. Pada zaman ini gaya hidup sihat merupakan satu keutamaan bagi semua tanpa mengira peringkat umur. Penglibatan dalam aktiviti seumpama ini akan meningkatkan tahap kesihatan supaya sentiasa cergas, bertenaga dan berupaya meningkatkan keyakinan kendiri.
MAJLIS KESYUKURAN DAN BACAAN YASSIN
Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sarawak telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yassin di Bilik Mesyuarat Baiduri pada Jumaat, 2 Februari 2018.
Majlis Kesyukuran ini diadakan bagi meraikan kakitangan Islam (ahli-ahli BKKI) yang telah dinaikan pangkat/gred manakala Majlis Bacaan Yassin merupakan majlis rutin yang diadakan setiap hari Jumaat.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN 1/2018
JMG Sarawak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bil. 1/2018 pada 26 Januari 2018 di Bilik Baiduri, Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan; NegaraKu, Sarawak Ibu Pertiwiku, Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu JMG. Selepas bacaan doa, Encik Sulong Enjop, Ketua Unit Geosains mewakili Pengarah memulakan majlis dengan ucapan tahun baru 2018 dan menyerukan semua warga JMG Sarawak untuk sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan demi kecemerlangan jabatan.
LAWATAN TAPAK KE KAMPUNG LERENG BUKIT DAN BUKIT KANADA, MIRI, SARAWAK
Bandaraya Miri yang terletak di pantai barat laut Kepulauan Borneo merupakan bandaraya kedua terbesar di Sarawak. Salah satu tarikan pelancong di Bandaraya Miri ialah di Bukit Kanada atau lebih dikenali sebagai Canada Hill dan di situ terletaknya salah satu daripada monumen penting sejarah Sarawak iaitu The Grand Old Lady. Bagaimanapun, Bukit Kanada yang terletak di kawasan tanah tinggi berhadapan dengan masalah tanah runtuh dan menimbulkan bahaya kepada pelancong dan penduduk sekitarnya.
MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI
Majlis meraikan perpisahan/ kenaikan pangkat serta perpindahan kakitangan JMG 2018 telah diadakan pada hari Jumaat, 12 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis ini diadakan bagi meraikan En. Ismail Bin Hanuar, Ketua Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak dan dihadiri oleh kakitangan JMG Sarawak.