Kuala Terengganu, 5 Februari 2018 - Unit Lombong dan Kuari telah menerima kehadiran Ketua Unit yang baru iaitu En. Azihan B Mat Arshad menggantikan En. Ir. Tan Hai Hong. Sebelum ini En. Azihan telah berkhidmat di JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang hampir 9 tahun. Ketibaan beliau di Unit L&K disambut oleh En.Zarir bin Zawawi(PPG).
MAJLIS PENYAMPIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGARAH-PENGARAH JMG NEGERI
PUTRAJAYA, 8 Februari- Satu majlis penyampaian watikah pelantikan kepada pengarah –pengarah JMG negeri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat, JMG Malaysia. Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi,Ketua Pengarah JMG Malaysia. Pada majlis itu juga Pengarah JMG Terengganu, En Azemi bin Hj Eki yang memulakan tugas pada 16 Januari 2018 yang lalu ,turut serta menerima watikah pelantikan tersebut.
PERTEMUAN ANTARA PERSATUAN KUARI TERENGGANU DENGAN PENGARAH JMG MALAYSIA, TERENGGANU
Kuala Terengganu, 11 Februari 2018 – Persatuan Kuari Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan bagi bertemu dengan pengarah JMG Malaysia, Terengganu yang baru. Sesi perbincangan telah diadakan bagi mengetahui status, dan perkembangan kuari di negeri ini. Perbincangan ini juga bertujuan untuk bertukar buah fikiran bersama supaya tujuan utama iaitu memberikan perkhidmatan yang terbaik antara jabatan, kerajaan negeri dan rakyat. Pertemuan ini turut dihadiri oleh Ketua Unit Lombong dan Kuari yang baru iaitu En. Azihan bin Mat Arshad.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN TAARUF BERSAMA PENGARAH JMG TERENGGANU.
Kuala Terengganu, 31 Januari 2018 - Majlis Perhimpunan Bulanan dan Suai kenal antara Kakitangan JMG Terengganu bersama Pengarah baru, En. Azemi Hj Eki telah berlangsung. Majlis ini dimulakan dengan taklimat dari Tuan Pengarah mengenai perancangan dan perjalanan jabatan pada tahun 2018 dan diikuti dengan sesi memperkenalkan diri oleh semua kakitangan.