Majlis Perpisahan untuk Tuan Hj Che Abdul Rahman Jaafar

JMG Malaysia Terengganu menyaksikan kehilangan seorang lagi pegawai kanan. Timbalan Pengarah JMG Malaysia Terengganu, Tuan Hj Che Abdul Rahman Jaafar menerima perlantikan sebagai Pengarah dan di tempatkan di JMG Malaysia Kedah/ Perlis/ Pulau Pinang (JMG KPP). Beliau dijadualkan melaporkan diri di pejabat JMG KPP pada 1 Mac 2017. Majlis perpisahan bagi meraikan beliau telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit, JMG Malaysia Terengganu pada 27 Februari 2017. Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) adalah bertujuan menghargai sumbangan beliau selama berkhidmat di JMG Malaysia Terengganu. 

Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan Selamat Menjalankan Tugas di tempat baharu kepada Tuan Hj Abdul Rahman Jaafar.

 

Majlis Perpisahan En Abdul Hadi Abdul Rahman dan En Suhaimizi Yusof

Satu majlis perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit, JMG Malaysia Terengganu pada 9 Februari 2017 sempena pertukaran En Abdul Hadi dan En Suhaimizi. Majlis tersebut yang diadakan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) adalah bertujuan meraikan pegawai-pegawai berkenaan yang bertukar ke stesen lain dan menghargai sumbangan bakti yang telah ditabur di JMG Malaysia Terengganu selama berkhidmat di sini. En Abdul Hadi ditukarkan ke JMG Malaysia Selangor/ Wilayah Persekututan mulai 1 Mac 2017 sementara En Suhaimizi bertukar ke Ibu Pejabat JMG Malaysia mulai 15 Februari 2017. 

Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan Selamat Menjalankan Tugas di tempat baharu kepada En Abdul Hadi dan En Suhaimizi.

MESYUARAT PELAKSANAAN PENGURUSAN STATISTIK MINERAL DAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN LAWATAN INDUSTRI DI NEGERI TERENGGANU

MESYUARAT PELAKSANAAN PENGURUSAN STATISTIK MINERAL DAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN LAWATAN INDUSTRI DI NEGERI TERENGGANU

Sempena lawatan industri oleh Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat di Negeri Terengganu, satu mesyuarat telah diadakan pada 24 Mac 2015 di Bilik Kasiterit, JMG Terengganu. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan kemajuan pelaksanaan pengumpulan data statistik mineral, verifikasi data, penyediaan laporan dan hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat ini juga, adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan baru Cawangan Ekonomi Mineral.

Pada 25 dan 26 Mac 2015, Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat dengan diiringi JMG Terengganu telah membuat satu Lawatan Industri di sekitar Kemaman dan Dungun Terengganu. Antara tempat yang dilawati adalah seperti berikut:

  • Eastern Steel Sdn. Bhd.
  • Unichamp Sdn. Bhd
  • Tioxide (Malaysia) Sdn. Bhd
  • Treasure Mining (Lombong Besi) Sdn. Bhd
 
 
 

TAKLIMAT PENEMUAN FOSIL DINOSAUR DAN TUMBUHAN DI NEGERI TERENGGANU

3

Satu taklimat telah diadakan di Bilik Kasiterit JMG Terengganu sempena lawatan Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Puan Farizawati Sabri dan Encik Degor Joshia dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Putrajaya pada 8 April 2015. Timbalan Pengarah JMG Terengganu, Tuan Haji Che Abdul Rahman Jaafar mengalu-alukan kedatangan dan berharap kunjungan ini akan mempereratkan hubungan dan kerjasama kedua-dua jabatan. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Geosains, Encik Hamle Ismail dengan dibantu oleh pegawai geosains, Encik Razaidi Shah A Kadir.