LAWATAN KERJA KE KUARI BUKIT CHETAI

IMG-20180214-WA0011

 

Hulu Terengganu, Terengganu, 13 Februari 2018- Pengarah JMGTGG, En Azemi bin Hj Eki telah mengadakan lawatan kerja ke kuari Bukit Chetai, Hulu Terengganu. Kuari ini merupakan sebuah kuari batu dimensi yang diselia oleh syarikat GGTM Sdn. Bhd. Lawatan kerja ini turut disertai oleh timbalan pengarah En. Aziz bin Che Soh, pegawai geosains, En Mohd Faiz bin Ahmad Roshdi dan beberapa orang kakitangan jabatan yang lain.

IMG-20180214-WA0010

 

 

 

PERJUMPAAN BERSAMA J3K, KG JONGOK BATU.

PERJUMPAAN BERSAMA J3K, KG JONGOK BATU.

Dungun, 12 Februari 2018 – Mesyuarat bersama diantara JMG Terengganu dan Pengerusi J3K Kg. Jongok Batu telah berlangsung bagi membincangkan tentang program perasmian telaga tiub dan sistem penapisan bekalan air kepada penduduk kampung. Mesyuarat ini yang diketuai oleh En. Hamlee Ismail (KUGS) turut dihadiri oleh En. Azemi Hj Eki (pengarah), En. Norzuhairil Zubir (PGS-SAT) dan Cik Nor Azrah Mat Atan(PGS-PG). Cadangan penganjuran majlis ini akan dilaksanakan pada bulan Mac akan datang

PERBINCANGAN MENGENAI PROJEK R&D TEKNOLOGI HIJAU BAGI PEMULIHAN TANAH LOMBONG DI BUKIT BESI.

PERBINCANGAN MENGENAI PROJEK R&D TEKNOLOGI HIJAU BAGI PEMULIHAN TANAH LOMBONG DI BUKIT BESI.

Dungun, 5 Februari 2018 – Seramai 5 orang pegawai dan kakitangan dari Pusat Penyelidikan Mineral(PPM) hadir ke pejabat JMG Terengganu bagi mengadakan perbincangan bertujuan untuk menjalankan projek R&D teknologi hijau, pemulihan tanah lombong yang terdapat di Kawasan Bukit Besi. Perbincangan ini turut disertai oleh pengarah, KULK dan tiga kakitangan unit lombong kuari. Hasil dari perbincangan ini tiga lokasi lombong dilawati iaitu lombong besi Cahaya Ikhtiar, Lombong besi Vista Mining dan Lombong besi Webcon Mining.  


masuk blog2

masuk blog

MAJLIS PENYAMPIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGARAH-PENGARAH JMG NEGERI

MAJLIS PENYAMPIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGARAH-PENGARAH JMG NEGERI

PUTRAJAYA, 8 Februari- Satu majlis penyampaian watikah pelantikan kepada pengarah –pengarah JMG negeri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat, JMG Malaysia. Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi,Ketua Pengarah JMG Malaysia. Pada majlis itu juga Pengarah JMG  Terengganu, En Azemi bin Hj Eki yang memulakan tugas pada 16 Januari 2018 yang lalu ,turut serta menerima watikah pelantikan tersebut.