MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

SHAH ALAM, 25 April 2024 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 03/2024 dan Gotong Royong Perdana telah diadakan di Bilik Kuarza, Tingkat 7 Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan. Acara majlis dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam, disusuli penyampaian amanat oleh Tuan Pengarah, Yang Berusaha Tuan Rusli bin Tuan Mohamed dan diteruskan dengan aktiviti gotong royong supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran  pejabat yang bersih, teratur dan kondusif untuk bekerja.

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023

Port Dickson, 22 April 2024:  Telah diadakan Mesyuarat Editor Laporan Tahunan JMG 2023 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Mesyuarat berlangsung dari 22 hingga 24 April 2024 dan di pengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifli Che Soh.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kandungan setiap chapter yang akan dimuatkan di dalam Laporan Tahunan 2023. Seramai 19 pegawai JMG negeri-negeri hadir membentangkan skop tugasan masing-masing.

PROGRAM MEMBACA SELAMA 10 MINIT

PROGRAM MEMBACA SELAMA 10 MINIT

Johor Bahru, 23 April 2024 - JMG Johor telah menjayakan Program membaca selama 10 minit dengan tema 'Baca dan Bahagia' 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan' yang berlangsung pada pukul 11 pagi. Program ini dijalankan serentak di seluruh negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

49th Geneva International Exhibition of Inventions

49th Geneva International Exhibition of Inventions
Pertandingan:
*49th Geneva International Exhibition of Inventions*
Tarikh: 17 - 21 April 2024
Tempat: Palexpo, Geneva, Switzerland
Projek Inovasi:
*Rejuvenating Global Wealth via Remineralisation*
Pencapaian:
- *Pingat EMAS* dengan *Special Congratulations from Jury*
- *Special Award (Potential to significantly enhance human living)* daripada *Taiwan Invention Association (TIA)*
Ringkasan Projek:
Kalsium karbonat termendak (PCC) dihasilkan dengan mengitar semula sisa kapur karbida daripada industri asetilena. Melalui pemineralan semula ini, PCC digunakan sebagai bahan pengisi lestari dalam pelbagai produk komersial.

Projek Kajian Pembangunan Manik Komposit

Projek Kajian Pembangunan Manik Komposit
Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari, Pusat Penyelidikan Mineral (CTPLK, PPM) sedang menjalankan aktiviti projek Kajian Pembangunan Manik Komposit Sebagai Bahan Penjerap Bagi Rawatan di bawah Projek Pembangunan Inovasi Dan Pengkomersialan Produk Mineral Perindustrian Dan Sisa Industri, Rancangan Malaysia ke-12 (bagi tahun 2021 – 2025).
Kajian ini memberi fokus kepada kalsium karbonat termendak (precipitated calcium carbonate-PCC) untuk dihasilkan sebagai produk inovasi iaitu bahan penjerap bagi rawatan air.
Pengaplikasian manik komposit bagi kajian ini akan digunapakai bagi penjerapan logam berat mangan (Mn) daripada saliran lombong berasid di peringkat makmal. Untuk maklumat lanjut berkaitan kajian ini, sila hubungi:
Pegawai Bertanggungjawab: Norinsafrina binti Mustaffa Kamal (Pegawai Penyelidik)
E-mel: norin@jmg.gov.my