MAJLIS JASAMU DIKENANG

MAJLIS JASAMU DIKENANG

15 Februari 2022 (Selasa)

JMG Kelantan telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Hotel Grand Renai,Kota Bharu Kelantan pada jam 8.00 malam.

Majlis ini adalah bersempena dengan persaraan Tuan Haji Che Rahman bin Jaafar (Pengarah JMG Kelantan) dan Encik Hilary Muyan Nicholas Thomas (Pengarah JMG Sarawak).

Bagi menghargai kedua-kedua pengarah,JMG Malaysia telah berbesar hati memberi cenderahati dan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JMG Malaysia,Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi.

Sambil menjamu selera,majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Negeri Kelantan oleh penyanyi dari Negeri Kelantan yang dikenali sebagai Fendi Kenali dan Din Manja.

ย โ€œSelamat Bersara Tuan Haji Che Rahman bin Jaafar dan Tuan Hilary Muyan Nicholas Thomasโ€

Terima kasih diatas segala jasa selama berada dalam perkhidmatan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.