IPOH, 21 Mac - Alhamdulillah sesi Latihan Asas Filmora 12 telah berjaya diadakan selama 4 hari bermula Isnin (18/3/24) sehingga Khamis (21/3/24). Terima kasih diucapkan kepada Cawangan Pelaksana dan Pengkomersialan atas pelaksanaan program ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang telah sama-sama menjayakan sesi latihan ini. Semoga ilmu yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat memberikan nilai tambah dalam memajukan kerjaya dan hasil kerja para peserta di masa hadapan.
Ceramah Agama "Solidariti Palestin”
KUNJUNGAN HORMAT PROF. DR. IZUMI DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP
SHAH ALAM, 21 Mac 2024 - Kunjungan Hormat oleh Professor Dr. Izumi Takako dari Tohoku University Japan dan Puan Eriko Motoyama bagi membincangkan keberhasilan projek Japan Partneship Program (JPP) Strengthening the Disaster Risk Reduction Capacity to Improve the Safety & Security of Communities by Understanding Disaster Risks (SeDAR) yang telah berjaya dilaksanakan selama empat tahun di Negeri Selangor. JMG merupakan salah satu agensi teknikal utama yang bekerjasama dalam projek ini dalam memberikan input teknikal melalui latihan dan bengkel kepada komuniti dalam konteks pengurusan risiko bencana geologi tanah runtuh. Antara impak penting projek ini adalah dengan tertubuhnya komuniti SeDAR di kawasan yang berisiko bencana selain usaha komuniti setempat mewujudkan Pusat Sumber Komuniti DRR di Bukit Antarabangsa. JMG turut menyumbangkan beberapa bahan bacaan dan nota teknikal berkaitan bahaya dan risiko bencana geologi kepada Pusat Sumber tersebut untuk dimanfaatkan kepada penduduk setempat.
MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN
Iskandar Puteri, 19 Mac 2024 - Mesyuarat Teknikal Pasca Banjir di Taman Negara Johor (TNJ) Endau-Rompin telah diadakan di pejabat Perbadanan Taman Negara Johor, Iskandar Puteri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Taufik b. Bahar Pengarah PBNJ dan dihadiri oleh wakil agensi teknikal seperti JMG, JKR ,UTM, UTHM, Pegawai Daerah Mersing dan Pegawai Daerah Segamat.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 02/2024