PROGRAM CSR AKRAB JMG DI DESA WARGA EMAS ALHIDAYAH, ULU SEPRI

PROGRAM CSR AKRAB JMG DI DESA WARGA EMAS ALHIDAYAH, ULU SEPRI

Pada 22 Februari 2018 (Khamis) Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama Unit Pengurusan Sumber Manusia (PSM), JMG Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan dan program โ€™Corporate Social Responsibiltyโ€™ (CSR) bertempat di Desa Warga Emas AlHidayah, Ulu Sepri, Kuala Klawang, N. Sembilan. Program ini merupakan khususnya sebagai sebahagian program meningkatan kemahiran asas kaunseling ahli-ahli AKRAB JMG.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs En. Joanes Muda, Pengarah JMG N.Sembilan/Melaka, JMG. Program disertai seramai hampir enam puluh (60) orang yang terdiri daripada pengurusan, tenaga pengajar dan penghuni Desa Warga Emas AlHidayah serta ahli-ahli AKRAB JMG dari beberapa negeri/stesen.

Pada program berkenaan, penyerahan Dana hasil sumbangan warga JMG seluruh Malaysia untuk Desa Warga Emas, Surau AlHidayah dan Rumah Anak-Anak Yatim AlHidayah telah disampaikan kepada Ustazah Jamilah bt. Harun yang menerima bagi pihak Kompleks AlHidayah. AKRAB JMG juga mengucapkan Jazakallahu Khairan Kathira kepada semua warga JMG yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program CSR ini.

Program diteruskan dengan lawatan ke sekitar kompleks AlHidayah serta menyantuni penghuni oleh ahli-ahli AKRAB JMG. Makan tengahari yang menu special disediakan oleh penghuni.Sebelum zohor bacaan tahlil untuk Allahyarham Tuan Haji Wahid bin Abd Rahman, mantan Pengarah PPO bagi mengingati antara jasa beliau membina sebuah telaga air tanah bagi kegunaan penghuni pada tahun 2013. Program diakhiri dengan solat zohor secara berjemaah.

Written by : nurzaidi