LIPUTAN WARTAWAN BERNAMA BERKAITAN OPERASI PENGEPAMAN AIR TELAGA TIUB BAGI MEMADAM KEBAKARAN GAMBUT

LIPUTAN  WARTAWAN BERNAMA BERKAITAN OPERASI PENGEPAMAN AIR TELAGA TIUB BAGI MEMADAM KEBAKARAN GAMBUT

BACHOK, KELANTAN 10 Mac 2019 (Ahad) -   JMG Kelantan telah dikunjungi oleh wartawan Bernama bagi membuat liputan mengenai operasi pengendalian telaga tiub oleh JMG Kelantan dalam operasi memadam kebakaran gambut di Beris Lalang, Bachok.

Lawatan ke tapak kebakaran gambut juga turut dilakukan bagi mendapatkan gambaran jelas berkaitan operasi pengendalian telaga tiub di lapangan

Baca selanjutnya

PENGEPAMAM AIR TELAGA TIUB BAGI OPERASI MEMADAM KEBAKARAN GAMBUT

PENGEPAMAM AIR TELAGA TIUB BAGI OPERASI MEMADAM KEBAKARAN GAMBUT

4 Mac 2019 (Isnin) – JMG Kelantan bersiap sedia 24 jam dan bertungkus lumus mengepam air daripada telaga tiub bagi menaikkan paras air bawah tanah untuk membantu operasi pemadaman kebakaran gambut di Bachok yang biasa berlaku di musim panas kering. Operasi pengepaman telah bermula pada 18 Februari 2019 dan masih diteruskan sehingga kini.

Baca selanjutnya

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Februari 2019

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Februari 2019

28 Februari 2019 (Khamis) - Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan. Perhimpunan kali ini telah diselia oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan. Encik Zarbani bin Mat Junos mewakili Unit Pentadbiran dan Kewangan bagi sesi pengucapan awam. Majlis perhimpunan diserikan juga dengan acara meraikan kakitangan yang lahir pada bulan Februari  iaitu Puan Azizah bt Mamat. Tuan Pengarah JMG Kelantan turut sama menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Carom Tertutup JMG Kelantan yang dianjurkan oleh Biro Sukan KSK.  Selain itu juga diadakan sesi memperkenalkan diri ambilan PSH dan pelajar-pelajar praktikal.

Baca selanjutnya

Majlis Perjumpaan YBrs Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bersama warga JMG Kelantan

Majlis Perjumpaan YBrs Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bersama warga JMG Kelantan

28 Februari 2019 (Khamis) – JMG Kelantan telah mengadakan Majlis Perjumpaan YBrs Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bersama warga JMG Kelantan. Majlis diadakan di bilik mesyuarat JMG Kelantan, Wisma Persekutuan Kota Bharu. Majlis ini telah di hadiri oleh semua warga JMG Kelantan

Baca selanjutnya