Majlis Qorban Kelab Sukan BPT dan JMG Perak

Majlis Qorban Kelab Sukan BPT dan JMG Perak

IPOH, 4 September 2017:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Kelab Kebajikan Dan Rekreasi JMG Perak telah mengadakan program bersama Qorban 2017. Program ini

bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua entiti.

Program bermula seawal pagi dengan acara sembelihan satu ekor lembu disusuli dengan melapah dan akhirnya memasak. Seramai lebih kurang enam puluh orang hadir ke majlis qorban ini. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal, Tn. Hj. Mohd Ariff Omar, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Geosains, Tn. Hj. Azhari Ahmad dan Timbalan Pengarah JMG Perak, Tn. Hj. Mohd Zaidi Hassan.

Written by : zahar