Lawatan Teknikal Pegawai IAEA

Lawatan Teknikal Pegawai IAEA

IPOH, 14 Mac 2018:  Pada hari ini, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menerima kunjungan kerja teknikal pegawai dari International Atomic Energy Agency (IAEA), Mr. Brett Moldovan. Kedatangan beliau bersama pegawai-pegawai dari Agensi Nuklear Malaysia yang diketuai oleh Dr. Rahman Yaakob

adalah merupakan lawatan "Project Review" berkaitan dengan Projek IAEA-TC MAL2007 "Exploring the Potential of Thorium Resources for Possible Commercial By-product Extraction"

Di dalam sesi lawatan ini telah diatur satu taklimat berkaitan kerja-kerja pengeksplorasian mineral radioaktif atau mineral berkaitan di Malaysia serta meninjau kemudahan makmal. Beliau berkesempatan melawat makmal instrumentasi dan melihat sendiri peralatan-peralatan Laser Ablation ICP-MS dan X-Ray Flourescent.

Written by : zahar