Jasa Mu Dikenang

Jasa Mu Dikenang

IPOH, 19 April 2018:   Pada hari ini telah diadakan Majlis Sambutan Jasa Mu Dikenang, bertempat di Hotel Regency Tower, Ipoh.

Majlis sambutan ini bertujuan untuk meraikan pesara-pesara dan bakal-bakal pesara dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal bagi tahun 2017. Di dalam majlis yang sama juga diadakan penyampaian sijil kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 berserta Sijil Simpanan Premium kepada penerima yang berkenaan.

Antara pesara-pesara dan bakal-bakal pesara termasuklah Tn. Hj. Mohd Ariff Omar, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal, En. Othman Bahari, Pn. Rubiah Abd Rahman, Pn. Sapariah, Pn. Salasiah Din, Pn. Kanakambal A/P Krishnan, Pn. Juwairiah Abd. Hamid dan Cik Ng Sok Hoon. Kepada semua pesara dan bakal pesara diucapkan Selamat Bersara dan tahniah kepada penerima-penerima APV 2017.

 

 

Written by : zahar