Bengkel Simposium Penggerudian BPT 2017

Bengkel Simposium Penggerudian BPT 2017

IPOH, 6 Jun 2017:   Bahagian Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral Dan Geosains telah menganjurkan Bengkel Simposium Penggerudian BPT 2017 pada 6 hingga 8 Jun 2017.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi-aplikasi perkhidmatan penggerudian dalam bidang Geosains. Objektif lain ialah sebagai platform untuk membincangkan halatuju dan isu-isu semasa ke arah memperkasakan perkhidmatan geosains khususnya khidmat penggerudian.

Semasa bengkel, peserta diberi pendedahan kepada beberapa peralatan penggerudian serta fungsi masing-masing dan peserta diberikan tugasan serta membuat persembahan.

Antara tetamu dan penceramah yang dijemput ialah Pengarah JMG Kelantan serta Timbalan-timbalan Pengarah Negeri serta wakil wakil JMG negeri-negeri.

Written by : zahar