Jamuan Hari Raya Dan Persaraan

Jamuan Hari Raya Dan Persaraan

IPOH, 18 Julai 2017:        Bahagian Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan Jamuan Hari Raya Dan Persaraan kakitangan BPT bagi tahun 2017. Majlis telah diadakan serentak dengan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2017.

Program bermula dengan bacaan Yaseen secara beramai-ramai dan nyanyian lagu Negaraku. Seterusnya ucapan dari Pengerusi Program, En. Mohd Fahami Abas dan Pengarah BPT, Dato’ Mohd Za’im.

Sambutan Hari Raya tahun ini bertemakan padang pasir, di mana dekorasi pentas digubah dengan begitu indah sesuai dengan tema.

Enam orang kakitangan BPT telah dan akan bersara pada tahun ini. Pesara-pesara yang hadir telah diraikan dengan penyampaian hadiah serta acara memotong kek.

Pengarah BPT telah diberikan kepercayaan untuk memilih dua daripada tetamu kakitangan yang hadir dengan pakaian yang cantic dan menepati tema sambutan. Pemenang pakaian tercantik telah dimenangi oleh En. Khairul Afendi Mohamed dan Mayzura Odin. Tahniah…!

Di akhir sesi, telah adakan sesi bergambar bersama Pengarah BPT dengan kakitangan dari setiap unit, Ahli Jawatankuasa KSKBPT dan tetamu-tetamu dari luar BPT yang dijemput hadir.

Written by : zahar