Lawatan KSU Dan TKSU NRE Ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal

Lawatan KSU Dan TKSU NRE Ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal

IPOH, 28 Mac 2017:  Pada hari ini Bahagian Kompleks JMG Ipoh telah menerima kunjungan rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, YBhg Dato' Sri Azizan Bin Ahmad serta Timbalan Ketua Setiausaha NRE Ybhg Dato' Dr. Nadzri Bin Yahaha, Ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan kementerian.

Kunjungan ini bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) BIL 3/2017 dan Program Turun Padang Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, yang akan diadakan di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM).

Pada sebelah pagi, rombongan ini telah diberikan taklimat di Jabatan Mineral Dan Geosains Perak dan kemudiannya di bawa melawat ke Makmal Analisis Ketulenan Emas, Makmal Batuan Dan Air serta Makmal Organik di Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Seterusnya mereka di bawa melawat Muzium Geologi dan Makmal Silika serta Galeri Batu Dimensi di PPM.

 

 

Written by : zahar