Majlis Sambutan Jasa Mu Dikenang

Majlis Sambutan Jasa Mu Dikenang

IPOH, 19 April 2018:   Pada hari ini telah diadakan Majlis Sambutan Jasa Mu Dikenang bertempat di Hotel Tower Regency, Ipoh.

 

Majlis bertujuan untuk  meraikan pesara-pesara dan bakal-bakal pesara yang bertugas di Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh. Dalam majlis yang sama turut diadakan penyampaian Sijil serta Sijil Simpanan Premium kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017.

Antara mereka yang bersara dan akan bersara termasuklah Tn. Hj. Mohd Ariff Omar, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal BPT, En. Othman Bahari, Pn. Sapariah, Pn. Kanakambal A/P Krishnan, Pn. Rubiah Abdul Rahman dan Cik Ng Sok Hoon.

Akhir sekali diucapkan Selamat Bersara kepada semua pesara dan bakal pesara dan tahniah juga kepada semua-semua penerima APC 2017.

Written by : zahar