MESYUARAT PEMANTAPAN TEKNIKAL, PEMURNIAN LAPORAN DAN LAWATAN LAPANGAN PROJEK MST JMG MALAYSIA

MESYUARAT PEMANTAPAN TEKNIKAL, PEMURNIAN LAPORAN DAN LAWATAN LAPANGAN PROJEK MST JMG MALAYSIA

Lundu, 18 Februari 2020:   Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Pemantapan Teknikal bagi Projek Mineral Strategik RMK-11 yang diadakan di SALCRA BAJO Training Centre, Lundu Sarawak. Mesyuarat telah dihadiri oleh 24 orang pegawai-pegawai yang terlibat di dalam projek Unsur Nadir Bumi, Scandium dan Thorium dan dipengerusikan oleh En. Abdul Hadi Abdul Rahman selaku Ketua Projek.

Pada 19 Februari 2020, semua peserta telah dibawa melawat tapak kajian REE di Bukit Botak, Telok Melano dan Bajo Bergantung. Di Telok Melano para peserta ditunjukkan dengan greenstone yang berasosiasi dengan bauksit dan manakala di Bukit Botak pula peserta ditunjukkan dengan batuan Gabro yang berasosiasi dengan batuan bauksit.

Hari ketiga, pegawai-pegawai projek duduk bersama bagi menyiapkan laporan masing-masing.

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada tim JMG Sarawak terutama En, Hussien Juni dan En. Ledyhernando kerana menjadi hos mesyuarat kali ini. 

Written by : zahar