Perhimpunan Bulanan Makmal Geokimia Kuantan

Perhimpunan Bulanan Makmal Geokimia Kuantan

Kuantan, 1 Mac 2018: Telah diadakan satu Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Pengarah BPT, bertempat di  Makmal Geokimia, Kuantan. Majlis telah dihadiri oleh 15 orang wakil dari BPT termasuk Dato' Mohd Za’im bin Dato' Abdul Wahab selaku Pengarah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin danTahlil yang telah dipimpin oleh Tn. Hj. Mohd Saad Bin Samsudin. Selepas itu sesi bergambar beramai-ramai pula diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.

Tepat jam 9.45 pagi majlis dimulakan secara rasmi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tn. Hj. Mohd Saad Bin Samsudin. Puan Hjh. Rokiah Binti Abdullah selaku Ketua Pegawai Geosains memulakan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan penyampaian amanat oleh Dato' Mohd Za'im Bin Dato' Abdul Wahab.

Aturcara majlis telah diteruskan lagi dengan sesi dialog bersama Dato' pengarah dan pelbagai isu telah dibangkitkan. Sesi tersebut telah memakan masa hampir satu jam dan setiap persoalan yang diutarakan dijawab mesra oleh Dato' pengarah.

 

Sebagai acara selingan, satu sesi penyampaian Sijil Penghargaan atas jasa yang telah diberikan untuk Majlis Bersama Jabatan,  telah disampaikan oleh Dato' Pengarah kepada 5 kakitangan yang hadir. Sebagai tanda kenang- kenangan, Puan Hjh. Rokiah mewakili pihak makmal telah menyampaikan cenderamata kepada Dato' Pengarah.

Sesi pagi telah ditutup dengan acara jamuan tengahari pada jam 12.30 tengahari. Manakala pada sebelah petang pula telah diadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan.