Jamuan Hari Raya Kompleks JMG Ipoh

Jamuan Hari Raya Kompleks JMG Ipoh

6 Ogos 2015, IPOH:  Sekali lagi Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan jamuan raya bersama. Jamuan Raya Kompleks JMG Ipoh ini merupakan yang kedua pernah diadakan. Kali pertama telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral manakala pada tahun ini Bahagian Perkhidmatan Teknikal pula menjadi penganjur dan dicadangkan JMG Perak akan menganjurkan aktiviti yang sama pada tahun hadapan.

 

Sambutan Jamuan Raya Kompleks JMG Ipoh ini telah dipengerusikan bersama Presiden,YDP dan Pengerusi kelab-kelab sukan JMG di Kompleks JMG Ipoh. Objektif utama jamuan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan dan pegawai di kompleks ini.

Seramai lebih kurang 300 pegawai dan kakitangan JMG hadir di majlis jamuan ini. Antara acara yang dijalankan adalah ucapan daripada Pengerusi pengelola (En. Abdullah Sulaiman), Pengarah JMG Perak (En. Sidi Daud) serta wakil Pengarah PPM (En. Muzayin Alimon), deklamasi sajak oleh En. Abdul Aziz Md. Noor, serta nyanyian dan ucapan Hari Raya.

Tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah istimewa dan tidak dilupakan satay, nasi himpit, lemang dan banyak lagi. Sambutan kali ini amat meriah dan berlangsung dalam suasana yang cukup muhibbah.