Taklimat ICP-MS

Taklimat ICP-MS

IPOH, 14 Februari 2017:   Satu sesi taklimat mengenai Peralatan Inductive Coupled Plasma - Mass Spectra (ICP-MS) telah diadakan Bilik Mesyuarat Cawangan Perkhidmatan Makmal. Taklimat telah disampaikan oleh En Tan Chow Chai dan Cik Chow Mei Ling dari Agilent Technologies Sales (M) Sdn. Bhd.

 

Taklimat bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pegawai serta kakitangan makmal tentang perkembangan teknologi terkini mengenai ICP-MS.

Peserta telah didedahkan dengan teknologi ICP-MS/MS atau ICP-QQQ yg juga disebut sebagai ICP Triple Quadrupole. Selain itu peserta juga diperkenalkan dengan peralatan tambahan iaitu Laser Ablation yang disambung kepada IC-MS bagi membolehkan sampel ditentukan terus dengan tidak memerlukan 'digestion' yang panjang dan rumit.