Kursus Penggunaan OX Claisse Fusion Machine

Kursus Penggunaan OX Claisse Fusion Machine

IPOH, 4 September 2018:   Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagaian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh telah mengadakan Kursus Penggunaan OX Claisse Fusion Machine. Kegunaan mesin ini adalah untuk melakurkan sampel pasir, batu kapur, tanah, batuan dan sebagainya untuk dijadikan butang kaca yang kemudiaannya akan digunakan untuk penentuan kandungan kimia menggunakan X-Ray Flourescent atau Laser Ablation ICP-MS.

Kursus bermula pada 4 September 2018 dan berakhir pada 5 September 2018. Antara kandungan kursus adalah penerangan mengenai teori dan konsep mesin pelakuran dan kaedah penggunaan platinum yang betul. Seterusnya peserta kursus diajar secara 'hands-on' tentang bagaimana cara untuk memprogramkan mesin, menjalankan kerja-kerja pelakuran dan melakukan 'polishing' untuk krusibel platinum dan acuan yang telah calar.

Kursus telah disampaikan oleh En. Lim Fung Khiang daripada syarikat DKSH Technology Sdn. Bhd.