Lawatan Delegasi Thailand bersama Ketua Pengarah JMG ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh

lawatan mt-jgsc 400px

Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Geologi Bersama Sempadan Malaysia-Thailand (MT-JGSC) Ke-13 yang diadakan di Taiping dari 24 hingga 29 Ogos 2015, suatu lawatan telah diaturkan untuk Delegasi Thailand ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh pada 27 Ogos 2015.

Lawatan telah disertai oleh Dato’ Yunus Abdul Razak, Ketua Pengarah JMG, serta En. Mat Niza Abdul Rahman dan Tuan Haji Hamid Ariffin sebagai pegawai pengiring. Delegasi Thailand terdiri daripada:

  1. En. Supot Jermsawatdipong, Ketua Pengarah Department of Mineral Resources (DMR), Thailand
  2. En. Surachai Siripongsatian, Pengarah, Bahagian Pemuliharaan dan Pengurusan Sumber Mineral, DMR
  3. En. Kanit Prasittikarnkul, Geologist
  4. Dr. Doungrutai Saesaengseerung, Geologist

Semasa program lawatan tersebut, delegasi Thailand telah dibawa melawat Makmal Kimiabumi dan Muzium Geologi. Sebaik tiba di Kompleks BPT Ipoh sekitar jam 9.30 pagi, suatu taklimat tentang Makmal Kimiabumi dan perkhidmatan yang disediakan telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Ariff Omar, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal di Bilik Mesyuarat Kimiabumi. Selepas sesi taklimat, delegasi Thailand telah dibawa melawat Makmal Mineral Perindustrian dan Mineral Berlogam Dan Aloi, Makmal Air, Makmal Organik, Bilik Instrumentasi, Bilik XRD dan XRF.

Selepas menikmati minum pagidi Bilik Mesyuarat Kimiabumi, delegasi Thailand dibawa melawat Muzium Geologi sehingga jam 10.50 pagi di mana lawatan seterusnya ialah ke The Banjaran Hotsprings Retreat, Tambun.

lawatan mtjgcs 01

lawatan mtjgsc 02