Lawatan KP JMG Ke Bilik Instrumentasi LAICPMS

Lawatan KP JMG Ke Bilik Instrumentasi LAICPMS

IPOH, 14 Jan. 2020:   Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal telah menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah JMG, Dato Shahar Efendi Abdullah Azizi. Kunjungan ini adalah sempena program bersama warga Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) di sebelah pagi hari yang sama.

Turut sama dalam lawatan ini ialah Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Tn. Hj. Azhari Ahmad, Pengarah Kanan PPM, En. Aminuddin Mahmud, Dr. Nazwin serta wakil JMG Perak, En. Azmi.

Beliau telah dibawa melawat bilik penyediaan sampel, bilik timbang, bilik fusion dan Bilik Instrumentasi Laser Ablation Inductively Coupled Plasma (LA-ICPMS) untuk melihat sendiri kerja-kerja penentukuran Unsur Nadir Bumi (Rare Earth Element, REE) dijalankan.

Penerangan mengenai penentukuran REE telah disampaikan oleh Pen. Pegawai Geosains, Cik Nur Rabi'atul Najihah Mior Zaidi dan En. Ismail Hanuar.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persiapan lawatan ini dan terima kasih kepada Dato Ketua Pengarah JMG kerana sudi datang ke makmal BPT.