Pemasangan Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectra (LA-ICPMS)

Pemasangan Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectra (LA-ICPMS)

IPOH, 18 Ogos 2017:   JMG telah mencatat sejarah baru dalam usaha mempermodenkan Makmal Kimia Bahagian Perkhidmatan Teknikal apabila telah menerima peralatan baru iaitu Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectra (LA-ICPMS).

Pembelian peralatan baru ini akan digunakan bagi membuat analisis berkenaan Rare Earth Element (REE). Sesi pemasangan LA-ICPMS ini telah dibuat bermula dari 16 Ogos 2017 dan selesai pada 18 Ogos 2017. Satu sesi latihan mengenainya akan dijadualkan pada 6-8 September 2017.