Sambutan Hari Inovasi 2012 BPT, Ipoh

BPT, 4 Disember 2012: Pada hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Inovasi Peringkat Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan hari tersebut. Sambutan kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Fauzi Said dan dibantu oleh beberapa ahli Jawatankuasa yang lain.

Sambutan kali ini telah dimulakan dengan bacaan Perutusan Ketua Pengarah JMG diikuti dengan Ceramah Kesihatan oleh En. Kalai, Pegawai Kesihatan dari Hospital Raja Perempuan Bainun, pemeriksaan kesihatan dan derma darah.

ceramah kesihatan  en kalai

pemeriksaan kesihatan

derma darah

Pada tahun ini telah diperkenalkan buat pertama kali lima anugerah antaranya Anugerah Inovasi Perkhidmatan Teknikal (AIPT) kepada kakaitangan yang berjaya menonjolkan inovasi ciptaan mereka melalui pertandingan dan diadili oleh panel-panel terdiri daripada timbalan-timbalan pengarah di BPT. Anugerah-anugerah lain seperti Anugerah Perkhidmatan kepada mereka yang tiada tanda merah pada kad perakam waktu selama melebihi 10 tahun, tiada cuti sakit selama melebihi 10 tahun, pekerja berintegriti dan pekerja invatif dan kreatif.

 

fuzigoh bee layramlah satarabd rahman tantajul

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Teknikal (AIPT) telah dimenangi oleh En. Mohd Fuzi Hashim, Pegawai Kimiabumi yang telah memperkenalkan kaedah pengiraan keseragaman menerusi perisian MS- Excel. Beliau telah membawa pulang wang tunai RM 500, sijil serta piala pusingan. Peserta-peserta lain yang mengambil bahagian di dalam pertandingan ini ialah En. Mohd Fauzi Mohammad Said, En. Thangavelu Ramen dan En. Mohd Zahar Ibrahim. Bagi Anugerah Jabatan pula En. Tajul Azwa dianugerahkan sebagai pekerja inovatif dan kreatif; Pn. Ramlah satar, pekerja berintegriti; En. Abdul Rahman Tan, pekerja yang tiada cuti sakit melebihi sepuluh tahun manakala Cik Goh Bee Lay, pekerja yang tiada catatan merah pada kad perakam waktu melebihi sepuluh tahun. Anugerah-anugerah seumpama ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Sambutan Hari Inovasi pada tahun ini juga telah memperkenalkan kumpulan koir dari BPT yang dinamakan Koir BPT yang telah menyampaikan beberapa buah lagu.

koir bpt


Tahniah kepada barisan Ahli-ahli Jawatankuasa Hari Inovasi 2012 yang diketuai oleh En. Mohd Fauzi Said kerana telah berjaya menganjurkan sambutan ini.