Sambutan Hari Sukan Negara Kompleks JMG Ipoh

Sambutan Hari Sukan Negara Kompleks JMG Ipoh

IPOH, 6 Oktober 2016: Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan acara sukan bersama sempena menyambut Hari Sukan Negara yang disambut secara rasmi pada 8 Oktober 2016. Acara sukan ini telah diadakan pada 5 Oktober dan 6 Oktober, tiga hari lebih awal.

Acara pembukaan telah diadakan perlawanan bowling pada 5 Oktober bertempat di Ipoh Parade. Acara telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Ariff Omar bagi pihak Pengarah BPT dan En. Mohd Sidi Daud, Pengarah JMG Negeri Perak. Perlawanan tiga penjuru ini berjalan dengan lancar dimana johan telah dimenangi oleh PPM diikuti oleh BPT dan JMG Perak.

Manakala pada keesokan hari pula telah diadakan acara senamrobik di hadapan Muzium Geologi dan diikuti oleh pertandingan ping-pong, dart dan congkak.

Congkak dimenangi oleh BPT, naib johan dimenangi oleh PPM seterusnya JMG Perak. Johan dan Naib johan Ping-pong dimenangi oleh BPT dan tempat ketiga dimenangi oleh JMG Perak. Acara dart pula dimenangi oleh PPM dan JMG Perak.