WORKSHOP ON SLOPE HAZARD RISK MAPPING USING LIDAR TECHNOLOGY

WORKSHOP ON SLOPE HAZARD RISK MAPPING USING LIDAR TECHNOLOGY

11 November 2015, Cameron Highlands: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan bengkel Workshop On Slope Hazard Risk Mapping Using Lidar Technologypada 11 hingga 15 November 2015 bertempat di Hotel Heritage, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.

Penganjuran program bengkel tersebut telah dipersetujui semasa the 11th Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC) Meeting di antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Department Mineral Resources Thailand yang telah diadakan di Phang-nga, Thailand pada 27 Ogos 2014. Program bengkel ini adalah sebahagian daripada kerjasama teknikal dalam bidang mineral dan geosains di antara Malaysia dengan Thailand yang telah dijalankan sejak tahun 2000.

Objektif bengkel ialah

  1. Untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pemetaan cerun berisiko geobencana menggunakan teknologi LiDAR.
  2. Untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang pemetaan dan penilaian cerun berisiko geobencana di Malaysia

Peserta bengkel terdiri daripada 49 orang pegawai-pegawai dari JMG, agensi-agensi kerajaan Malaysia dan lima peserta dari Department of Resources, Thailand.

Selain mengikuti ceramah di dewan, peserta juga telah didedahkan kepada kaedah penawanan data di lapangan dengan menggunakan alat Terrestrial Laser Scanner (TSL) dan juga meninjau lokasi kejadian gelinciran tanah yang telah berlaku di sekitar kawasan Ringlet.

Pembentangan telah disampaikan oleh Dato' Zakaria Mohamad, Fellow SEADPRI-UKM, Dr. Kamarul Azhari Razak, Wakil dari DMR Thailand dan Dr. Ir. Zainab Mohamed. Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG, Tn. Hj. Meor Sallehhuddin Meor Jadid manakala penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Dr. Kamaluddin Hassan.