Program Berbuka Puasa

Program Berbuka Puasa

IPOH, 7 Jun 2018: Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan program berbuka puasa untuk kakitangan BPT.

Program telah dibuat secara sederhana di perkarangan kantin BPT. Di dalam majlis yang sama telah dibuat penyerahan sumbangan berupa makanan kepada asnaf zakat iaitu saudara Ahmad Hafbullah dan anak-anak yatim (anak-anak kepada Pn. Nurul Husna Ismayatim) dan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak oleh Pengarah BPT, Dato' Mohd Zaim Abdul Wahab.

 

Aturcara dimulakan dengan tahlil, berbuka puasa, sembahyang maghrib, Isyak dan tarawih secara berjamaah.

 

Written by : zahar