Sesi Pemilihan Pemain Ke Sukan NRE 2015

Sesi Pemilihan Pemain Ke Sukan NRE 2015

8 Ogos 2015, IPOH:  Pada hari ini telah diadakan sesi pemilihan pemain-pemain yang akan mewakili JMG ke Sukan NRE 2015. Pendaftaran pemain telah diadakan di JMG Perak. Taklimat awal telah disampaikan oleh Pengarah JMG Perak, En. Sidi Daud selaku Penolong Ketua Kontinjen.

 

Sesi pemilihan seterusnya diadakan di sekitar Ipoh seperti Pusat Penyelidikan Mineral, Padang Polo, Tambun Snooker, Kinta City Bowl dan beberapa tempat lagi. Pemain-pemain terpilih akan mewakili JMG ke Sukan NRE yang akan diadakan di UPSI dan INSTUN, Behrang pada 9 hingga 11 Oktober nanti.

Kepada pemain-pemain terpilih, tahniah diucapkan kepada mereka dan kepada yang tidak terpilih, diharapkan mencuba lagi.

PEMILIHAN02

PEMILIHAN01

Written by : zahar