Taklimat ESL Laser Ablation

Taklimat ESL Laser Ablation

IPOH, 23 Jun 2022: Pada hari ini telah diadakan sesi taklimat mengenai ESL Laser Ablation, di Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh. Taklimat ini telah dibawakan oleh Perkin Elmer Sdn. Bhd. dan telah disampaikan oleh Miss Catherine dan Miss Mui Phing daripada syarikat Elemental Scientific Lasers yang berpengkalan di Singapura.

Perkin Elmer diwakili oleh Mr. Wong, Mr. PC.Ng dan Miss Katrina Ng. Seramai sepuluh peserta terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal. Mereka juga telah dibawa melawat ke bilik ICPMS untuk melihat kemudahan-kemudahan analisis unsur nadir bumi (REE).

 

 

Written by : zahar