Hari Terbuka JMG dan Aspirasi Merdeka 2019

Hari Terbuka JMG dan Aspirasi Merdeka 2019

IPOH, 24 Ogos 2019:   Pada hari ini JMG untuk yang julung-julung kali telah mengadakan Hari Terbuka JMG di Kompleks JMG Ipoh. Program bersempena dengan Aspirasi Merdeka 2019 dengan kerjasama Perak FM dan beberapa agensi jabatan sekitar Ipoh.

Program bermula seawal 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 5:00 petang. Antara pengisian program adalah Kuiz Kemerdekaan, Geohunt, Pertandingan Ular dan Tangga, pameran cawangan-cawangan di BPT, PPM dan swasta, persembahan artis, lawatan ke Pusat Penyelidikan Mineral untuk melihat proses membuat kaca kristal dan labu sayong, lawatan ke Muzium Geologi serta gerai-gerai jualan. Manakala Kelab Sukan dan Kebajikan pula mengambil peluang ini untuk menganjurkan Pertandingan Karom Terbuka dan Bowling Terbuka di sebelah siang dan malam pada hari yang sama.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG, En. Kamal Daril dan beberapa Pegawai Tertinggi jabatan turut hadir memeriahkan program ini. Tidak dilupakan bekas-bekas pegawai dan kaitangan JMG juga turut dijemput bagi memeriahkan suasana dan mengeratkan silaturrahim.

Written by : zahar