TAKLIMAT PELETUPAN BAWAH TANAH DAN TEROWONG

TAKLIMAT PELETUPAN BAWAH TANAH DAN TEROWONG

BATU ARANG, 22 Mei 2018 - Taklimat Peletupan Bawah Tanah Dan Terowong Bil. 2/2018 telah dianjurkan oleh Tenaga Kimia Sdn. Bhd. dengan kerjasama JMG Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Pengarah JMG Malaysia iaitu Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Perak iaitu Dato' Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil, PT Persenjataan (Operasi) Bukit Aman iaitu DSP Nor Hamizat Bin Ngadimin, pegawai - pegawai dari Unit Lombong & Kuari serta pegawai-pegawai PDRM Bukit Aman.

Tujuan taklimat ialah memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai JMG mengenai kaedah kaedah peletupan bawah tanah (underground blasting ), mempelajari reka bentuk (blast design ), mengenalpasti kesan-kesan negatif dan salah satu kehendak Akta Pembangunan Mineral 1994 serta syarat pelesenan bagi Lesen Pembedil di Malaysia.

Memandangkan Malaysia sedang membangunkan projek-projek mega seperti MRT, ECRL dan sebagainya yang menjalankan peletupan bawah tanah untuk membina syaf, terowong atau stesen bawah tanah di mana pegawai-pegawai JMG akan memantau perlaksanaan kerja peletupan tersebut.

Justeru, amat penting untuk pegawai-pegawai JMG dilengkapkan dengan pengetahuan peletupan bawah tanah tersebut.