Jamuan Perpisahan untuk En. Azizan Ali dan En. Ahmad Zulkifli Kamaruzaman

Jamuan Perpisahan untuk En. Azizan Ali dan En. Ahmad Zulkifli Kamaruzaman

Pada tanggal 24 Februari 2015, Cawangan Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk En. Azizan Ali dan En. Ahmad Zulkifli Kamaruzaman yang masing-masing bertukar tempat bertugas ke JMG Negeri Sembilan/Melaka dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak.

Kami juga mengalu-alukan kedatangan En. Abdul Rahman Mohd Yusoff dan Dr. Sia Say Gee yang telah mula bertugas di Cawangan Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Dato' Ketua Pengarah, Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat dan mantan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral, En. Hamadi bin Che Harun. Pihak Jabatan mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan semoga maju jaya!