Majlis Perpisahan Tuan Hj. Mohamad Pauzi Abdullah dan En. Ramli Md Noh

Majlis Perpisahan Tuan Hj. Mohamad Pauzi Abdullah dan En. Ramli Md Noh

Majlis telah diadakan dengan jayanya pada 26 Mac 2015 anjuran Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat. Kami warga JMG sekalian mengucapkan selamat bersara, semoga diberi Allah SWT limpahan rahmat kesihatan, sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.

Pohon beringin ditepi perigi,
Burung belatuk berlagu hiba,
Biarpun tidak bersama lagi,
Budi tuan abadi dijiwa.

Burung kedidi terbang sekawan,
Turun sekejap di tepi kali,
Budi tuan terlipat diingatan,
Kejap terpahat di dalam hati.

Bersiul nuri dihujung dahan,
Terpegun indah anak kelicap,
Sepuluh jari hamba susunkan,
Mohon ampun salah dan silap.

Terima kasih dan selamat bersara! :)