Panduan Mengelak SPAM Emel

Panduan Mengelak SPAM Emel

Cawangan Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat telah menyediakan beberapa garis panduan keselamatan mengelak SPAM. Sila rujuk lampiran yang dikepilkan bersama untuk rujukan selanjutnya.

  1. PASTIKAN anda tidak memberi alamat emel anda kepada sebarang orang, terutama semasa melayari laman web yang perlu “subscribe” alamat emel. Kalau perlu juga, berilah alamat emel “Disposable” (alamat emel pakai buang seperti gmail, yahoo mail, hotmail dan sebagainya). JANGAN beri alamat emel rasmi JMG.
  2. SET Filter di Zimbra mail anda. Sila rujuk LAMPIRAN A
  3. JANGAN membuka emel yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali. DINASIHAT hapus (delete) terus. JANGAN balas emel berkenaan.
  4. JANGAN buka attachment file yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali. DINASIHAT hapus (delete) terus.
  5. Emel berkumpulan (group email) hanya untuk urusan dan makluman rasmi Kerajaan saja. Sila gunakan ruang Forum di website rasmi JMG untuk perbincangan.
  6. Jika menghantar emel berkumpulan, PASTIKAN nama pengguna/kumpulan penerima emel yang perlu disalinan kepada ditaip di ruang Bcc (Blind Carbon Copy) dan BUKAN pada Cc or To.
  7. JANGAN klik pada paparan iklan dalam website.
  8. DINASIHAT tidak melayari website yang dilarang atau website yang berisiko tinggi dijangkiti virus.
  9. PASTIKAN komputer anda telah dipasang (install) anti-virus dan PASTIKAN ia sentiasa dikemaskini (update).
  10. GUNAKAN kaedah Show Original untuk melihat samada emel berkenaan SPAM atau tidak. Sila rujuk LAMPIRAN B.
  11. PASTIKAN anda Log Out selepas tidak membaca emel.

Disediakan oleh: Puan Nafiza Jomhari