PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

Bersama-sama ini disertakan surat edaran rujukan JPA.BK(S)201/8(29) bertarikh 6 Mac 2014 mengenai Pemantauan ke atas Pegawai Awam yang Menjalankan Peniagaan Dalam Talian dan Borang Permohonan Kerja Luar untuk makluman dan tindakan semua.

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Unit ini mendapati terdapat kakitangan JMG yang telah melaksanakn perniagaan dalam talian. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar (Dropship/Agent/Stokis).

Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebuh dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya. Keingkaran pegawai untuk berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Surat ini diedarkan sebagai peringatan supaya para kakitangan terlibat untuk meminta kebenaran ketua jabatan bagi melaksanakan perniagaan secara dalam talian. Untuk PTJ Negeri, ketua jabatan merupakan Pengarah Negeri PTJ masing-masing.

Sekiranya kebenaran telah diperolehi, Penolong Pegawai Tadbir (PPT) setiap PTJ diminta untuk menghantar salinan borang permohonan yang telah disahkan secara emel kepada Unit Integriti JMG bagi tujuan rekod.