PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR BAWAH TANAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH, KUALA NERANG, KEDAH

Alor Setar, Kedah (05 Mei 2018): Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub Air Bawah Tanah & Penyampian Bantuan Awal Persekolahan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang, Kedah telah diadakan pada 22 April 2018 dan telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Dato Haji Mohd Zaim Bin Dato Haji Abdul Wahab.

Turut serta menghadiri majlis adalah Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Haji Fathullah Suhaimi Bin Haji Ismail, Pengetua SMA Al-Khairiah, Puan Hajah Zaleha Binti Haji ibrahim, Pegawai Khas Menteri Pendidikan, Encik Faizal Bin Abdul Aziz, pegawai-pegawai JMG KPP dan wakil-wakil dari jabatan kerajaan lain.