PEMASYHURAN GEOPARK JERAI SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN

PEMASYHURAN GEOPARK JERAI SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN

GURUN, KEDAH: Satu sejarah telah tercatat pada 24 November 2018 yang lalu apabila Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan merasmikan Pemasyhuran Geopark Jerai sebagai Geopark Kebangsaan. Pemasyhuran tersebut dibuat bersempena pertabalan baginda sebagai sultan Kedah yang ke-29.

Turut sama dalam majlis tersebut adalah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff, diiringi oleh Raja Muda, Tengku Sarafudin Sultan Sallehuddin, Tunku Temenggong, Tenku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Tunku Laksamana, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Hadir sama adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS), Dr A. Xavier Jayakumar, beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, Ketua Pengarah JMG, Datuk Haji Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi serta pengarah-pengarah JMG Negeri.

Geopark Jerai adalah Geopark Kebangsaan yang ke-2 bagi Negeri kedah selepas Langkawi Geopark yang mendapat status Geopark Kebangsaan pada tahun 2006 seterusnya mendapat penarafan sebagai UNESCO Global Geopark pada tahun 2007.

Geopark Jerai berkeluasan 800 kilometer persegi, merangkumi 2 daerah iaitu Yan dan Kuala Muda. 

DSC 6739DSC 6739DSC 6739DSC 6739DSC 6739