KEJOHANAN TERTUTUP TENPIN BOWLING AGENSI AIR NEGERI KEDAH

KEJOHANAN TERTUTUP TENPIN BOWLING AGENSI AIR NEGERI KEDAH

ALOR SETAR, KEDAH (23 JANUARI 2019) : Kejohanan Tertutup Tenpin Bowling Agensi Air Negeri Kedah telah diadakan pada 22 Januari 2019 di Aman Bowl, Aman Central antara jabatan kerajaan.

Kejohanan tersebut telah disertai oleh 11 jabatan serta agensi. Setiap jabatan menghantar 6 pemain yang terdiri daripada 3 lelaki dan 3 wanita. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh YB Zamri Bin Yusuf, EXCO Kerja Raya, Tenaga, Bekalan dan Sumbar Air Kedah.

Bagi kategori lelaki berkumpulan, tempat pertama telah dimenangi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan jatuhan pin sebanyak 1550, tempat kedua pula dimenangi oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan jatuhan pin sebanyak 1457 dan tempat ketiga disandang oleh Jabatan kerja Raya (JKR) dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1416.

Bagi kategori wanita berkumpulan pula, tempat pertama disandang oleh  Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan jatuhan pin 1318, tempat kedua Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan jatuhan pin 1282 dan tempat ketiga disandang oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan jatuhan pin sebanyak 1216.

JMGKPP hanya mampu menduduki tangga ke-16 bagi kategori berkumpulan lelaki dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin sebanyak 1073 dan tempat ke-22 bagi kategori berkumpulan wanita dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 774.

Untuk perseorangan lelaki telah dimenangi oleh saudara Wan Asnol dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin sebanyak 599 dan bagi kategori perseorangan wanita dimenangi oleh saudari Emanina dari Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin sebanyak 524.

IMG 20190122 155520IMG 20190122 155520IMG 20190122 155520IMG 20190122 155520IMG 20190122 155520IMG 20190122 155520IMG 20190122 155520Pemenang tempat pertama kategori berkumpulan lelaki, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).IMG 20190122 155520Pemenang tempat pertama kategori berkumpulan wanita, Jabatan Kerja Raya (JKR).IMG 20190122 155520Pemenang perseorangan lelaki, saudara Wan Asnol dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).IMG 20190122 155520Pemenang perseorangan wanita, saudari Emanina dari Syarikat Air Darul Aman (SADA).