KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL SECARA 'IN-HOUSE'

KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL SECARA 'IN-HOUSE'

ALOR SETAR, KEDAH: Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail Secara 'In-House' selama 3 hari bermula 14 April 2019 sehingga 16 April 2019.

Kursus tersebut dikendalikan oleh En. Abdul Jabar Mohamad Ridi dan Puan Balkiss Bt. Othman dari Arkib Negara Malaysia Negeri Perlis/Kedah. Objekati kursus tersebut adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan fail dan rekod jabatan. Kursus tersebut dihadiri oleh seramai 12 orang peserta JMGKPP.

Di samping itu juga, peserta mendapat pengetahuan secara teori dan amali bagaimana untuk mengendalikan fail dan rekod pada peringkat pewujudan, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan serta kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Arkib Negara 2003 (Akta 626)

DSC 9197DSC 9197DSC 9197DSC 9197DSC 9197DSC 9197DSC 9197DSC 9197DSC 9197DSC 9197