JMGKPP ANJUR PERHIMPUNAN BULANAN DAN CERAMAH RAMADAN

JMGKPP ANJUR PERHIMPUNAN BULANAN DAN CERAMAH RAMADAN

ALOR SETAR, 28 APRIL 2021 (RABU) - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang hari ini telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Ceramah Agama khas bersempena bulan Ramadan.

Perhimpunan bulanan kali ini dikelolakan oleh Unit Geosains dan dihadiri Tuan Pengarah, En. Abdullah bin Hj. Sulaiman, Timbalan-timbalan Pengarah, para pegawai dan kakitangan Jabatan.

Usai perhimpunan bulanan, ceramah Ramadan disampaikan oleh Al-Fadhil Sheikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.