SELAMAT BERHIJRAH KE TEMPAT BARU BUAT ENCIK MOHD SHAFREEN

SELAMAT BERHIJRAH KE TEMPAT BARU BUAT ENCIK MOHD SHAFREEN

ALOR SETAR, 24 Oktober 2021 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang hari ini mengadakan majlis perpisahan dan selamat maju jaya kepada Penolong Pengarah Kanan (Lombong dan Kuari), Encik Mohd Shafreen bin Md. Isa.

Encik Mohd Shafreen akan melapor diri ke JMG Kelantan pada 3 November 2021.

Majlis tersebut diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan JMGKPP bagi bulan Oktober 2021.

Selain majlis perpisahan, turut diadakan penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JMGKPP bagi tahun 2020 kepada Encik Mohd Shafreen, Encik Saiful Azwan bin Kassim, Puan Nor Hidayah binti Abdul Hamid dan Puan Siti Norazlina binti Mustafa.