Anjur Latihan Aplikasi ArcGIS Secara ‘Hands-On’ Siri 1/2013

ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP dengan kerjasama Unit Sumber Mineral telah mengadakan Latihan Asas Pembelajaran "hands-on" Aplikasi ArcGIS 9.3, Alat GPS dan Google Earth bertarikh 24 Julai 2013 bertempat di Bilik Delima, JMGKPP. Peserta yang terlibat terdiri daripada pegawai dan kakitangan teknikal di semua unit JMGKPP. Taklimat dan "hands-on" telah di sampaikan oleh En.Hamdan B. Ariffin, TP(SM) dan dibantu oleh empat orang pelajar dari IPTA yang sedang menjalani latihan industri di sini.

Topik yang disampaikan antaranya ialah pengenalan kepada ArcGIS, pemindahan data koordinat dari MS Excell ke ArcGIS, Penukaran data koordinat (point) kepada format shapefile, kaedah pemindahan data GPS ke Google Earth dan sebagainya. Kursus ini lebih kepada amali atau secara “hands-on” menggunakan komputer riba masing-masing. Tempoh masa kursus ini dijalankan adalah selama satu (1) hari. Dengan pendedahan dan "hands-on" aplikasi GIS ini, diharapkan semua pegawai-pegawai teknikal yang hadir dapat mempraktikkan kaedah sebelum, semasa dan selepas dikerjalapangan nanti.

Secara amnya keseluruhan latihan yang dianjurkan ini telah mencapai objektif dan gambaran menunjukkan reaksi para peserta adalah amat berpuas hati dengan pendedahan dan taklimat yang disampaikan.